Bismillahirrahmanirrahim..;')
hari ni rasa nak share pengalaman kerja walau dah bergelar surirumahtangga sepenuh masa diusia muda..muda gituu..-_-" muda la kotkan,usia 25 tahun dah decide nak jadi surirumah.tak boring ke duduk rumah?kesian takde kawan nanti.nak luah masalah kat sape nanti?
alhamdulillah,dah lebih setahun duduk rumah jadi surirumah ni,tak terdetik rasa sesal lagi.moga terus bahagia menjadi surirumah harapnya..hehe.boring duduk rumah?never.kata orang,kalau boring duduk rumah,bermaksud kamu boring dengan diri sendiri.hehe.kawan?tak penting kuantiti.cukup la ada yang berkualiti!1000++ friends kat fb pun belum tentu 10 yang nak datang tolong waktu kamu jatuh.apa guna?nak luah masalah?bila dah tak kerja kurang sikit masalah sebenarnya.;'p kurang dosa jugak sebab kurang mengumpat!kurang curi masa bekerja.
k,first experience kerja dalam hidup kira yang official siap ada offer letter ialah kerja dengan Carefour. sekarang dah jadi Aeon Big.jawatan?internal security.ye security!bukan secretary muahaha.waktu tu cuti sem time belajar kat KUIS.tahun 2008 rasanya.umur sekitar 19tahun?haha.kawan yang ajak pi cari kerja,pastu apply sama-sama,pi interview sesama,saya yang dapat.rezeki.dia memang pemalu orangnya.where are u now nurul?senyap menyepi sekarang!
masa memula tu dapat security,biasa perempuan memang tak lahh nak jadi security..hahaha...tapi saya on je..pasal memang suka mncuba punya orang.lagi pulak tau bukan nak kerja lama.sekejap je cuti sebulan lebih..tapi waktu tu tak cerita la cuti sem..-..- masuk la kerja...
masuk-masuk jumpa chief internal security,en Othman.bawah dia en Afiq.pastu ditugaskan bahagian cctv.baru tau rupanya dia ada internal dengan external.yang bangla berdiri tercongok pegang kayu cota tu yang external.kesian.kerja lama.berdiri je.Allah.cuti 2minggu sehari ke seminggu sehari.tapi sehari kerja berbelas jamm..T__T
waktu kerja kat Carefour ni sempat la buat inventory sekali.inventory ni kira stok.stok 1 hypermarket tu weh!!sekecik-kecik barang sampai sebesar-besar barang.luar dalam.termasuk dalam stor semua.sempat la tengok bilik freezer..masuk dalam tu kena pakai winter coat.siap glove bagai!cakap asap berkepul-kepul.haha.rezeki sangat.sebab inventory ni bukan buat selalu.3 bulan ke 4 bulan sekali.jadi rezeki la.nak dapat pengalaman.
selain inventory ada jugak la pengalaman tangkap pencuri melalui cctv.ada jugak kes besar jugak la,sampai nak cederakan en Afiq.luckily en Afiq tu cina muslim,faham cakap cina,tapi muka dia kurang cina pasal gelap..;p jadi dia faham geng-geng tu cakap apa,dia tak melawan.dia cerita la,geng tu sembang-sembang sesama diorang,kalau en Afiq ni buat apa-apa tikam je..o.o diorang ni berkumpulan,salah sorang ikut je en Afiq dari awal,sebab en Afiq pakai walkie talkie, so diorang dapat maklumat sama la kalau-kalau ada kawan diorang terkantoi ke apa.dan waktu tu memang ada sorang kawan dia kantoi,tu yang dia bawak lari en Afiq minta lepas geng dia.huihh.kerja sebulan lebih.tapi memacam jugak la..
kat sini jugak,baru tau,yang duk pasang lagu kat dalam hypermarket tu dalam control room.kalau kat Carefour tempat kerja dulu tu la.so control room tu la office internal security.hehe.kitorang la yang duk pasang lagu tu..-__-" sebenarnya cd duk ulang-ulang je..hahaha..sekarang ni macam dah tak berlagu macam dulu kan..rasanya sekarang ni senyap sunyi sepi je..kalau dulu dia pasang lagu-lagu kan??hehe..
selain tu saya juga kena jaga staff entrance.staff ramai suka time saya jaga.(syok sendiri ;'p) kahkah.bukan apa,diorang kata kalau saya jaga,nak mula kerja pun best je ceria je..kalau orang lain jaga pepagi dah muka tegang.hehehe..;'p
banyak sangat kalau nak cerita,tapi biarlah moga jadi pengalaman dan pengajaran,adik-adik,akak-akak,kerja takde yang mudah.kita kena happy je.baru kerja tak terasa beban.
huih,ni baru 1 pengalaman....banyak lagi niiii nak cerita...siapa kata surirumah ni takde pengalaman luas??hehe. sambung nanti k! bye.