Alhamdulillah.cuti sekolah 2 minggu lepas,Allah rezekikan kami sekeluarga bercuti beramai-ramai. Sesuatu yang sangat teramat lah saya suka bila dapat berkumpul ramai-ramai.bila kata ramai tu,mestilah keluarga belah suami!;'p
Alhamdulillah,Allah beri nikmat saya merasa keluarga besar.sebab belah saya keluarga comel je..hehe.alhamdulillah. sorang je abang ipar tak dapat join sebab belah isterinya ada wedding cousin jugak kat Perak.gitu la dah kahwin,badan kena belah dua..hehe..;'p
sebenarnya ada kenduri cousin suami.jadi adik beradik ambil kesempatan berkeumpul bercuti terus di Port Dickson. kenduri memang di PD.;')
kakak yang ohsem wasap tanya nak tak join tidur PD.beliau nak sponserrrr...;') alhamdulillah.rezeki jangan ditolak.hehe. kakak ipar booked 3 apartment.1 apartment 3 bilik.kami stay di Glory Beach Resort.bukan takat mak pak yang happy,anak lebih-lebih lagi.dapat berkumpul ramai-ramai sedara mara. yang paling best kat sana mestilahhh...
berendammmmmmmm....
pagi petang berendam..tak lepas peluang.sebab cuti sekolah,kolam pun penuh orang..;'p
nuha,zakwan,fikri. Geng depa..
enjoy sangat berendam.balik dapat HFMD.hahaha..tak tau la kena kat sini reramai ke.tapi tak lama lepas balik keluar dia punya blister.;'p takpe..tingkatkan imune..;')
zakwan dengan kak ara.ada private beach.jadi lari-lari kejap pi pool,kejap pi main pasir.;'p
air keruhhhh..ramai sangat orang berendam..;'p
makan malam.sedap-sedap makannya.lagi sedap sebab orang belanja..;'p moga-moga nanti ada rezeki yanga dik-adik pulak dapat belanja..;')
alhamdulillah atas nikmat masa bersama keluarga.belah suami ke,belah isteri ke,seronoknya sama je..;') janji dengan keluarga,bahagianya berganda.terima kasih semua yang terlibat,terima kasih pihak penganjur,pihak penaja..;'p moga Allah berkati dan kurniakan rezeki yang halal dan berkat.moga berganda-ganda pahala kerana satukan keluarga..
eh gambar pak mak mertua takde.tak senonoh sungguh..;'p sebab gambar banyak dalam kolam je..pak mak mertua dating kat bilik jeee..;'p
wassalam.