20 April 2018, seperti biasa,tiket beli awal setahun.macam-macam perancangan.asal ada niat nak ke Bandung melalui Jakarta,tapi bila check balik tiket,pergi jumaat dan balik isnin.memanglah waktu yang macettttt dari Jakarta nak ke Bandung.perjalan yang sepatutnya cuma 3-4 Jam,kalau hari Jumaat boleh jadi 5 ke 7 jam.atau silap-silap lebih dari tu.
jadi ya ngak apa-apa,kita muter-muter sekitar Jakarta aja yukk..;'p
ye sebenarnya Jakarta bukanlah destinasi yang menarik sangat,tapi bagi saya,setiap tempat itu menarik dan ada ilmu baru disitu.yang penting kita bersama siapa,ayuh cipta memori indah bersama.;')
macam biasa,mertua yang tolong hantar ke KLIA2.. ;'p
sampai-sampai Hana nak menyusu.alhamdulillah nursing room yang selesa di airport.;')
4 cinta hati.
ibu duduk dengan Zakwan dan Hana
Imran biar abi uruskan..;'p
sesampai di Airport, agak berdrama disana.haha.
kami rancang nak naik grab.tapi internet tak dapat.ingat nak tumpang wifi airport.tak dapat.nak beli sim card di airport punya lah mahal yakmat.
kesana-sini nak cari wifi.last-last lepas banyak masa dah habis, masing-maing dah kepenatan,kami pun menuju tempat tunggu teksi.kat sana bersistem.ambil no,dan tunggu.kami pilih untuk tunggu teksi dari syarikat blue bird.
Malamnya tu kami keluar dari hotel, menuju ke Monas dengan Grab. pakai wifi hotel. hehe.
naik Grab minta dia singgah kedai nak beli sim kad.
Monas ni singkatan Monumen Nasional. hehe. naik atas malam tu ok la. tak panas. kalau siang dengan beratur panjangggg dengan panas, sangat tak sesuai untuk anak kecil.
yang lama beratur tu sebab nak naik atas tu kena naik lif.jadi beratur sangattt panjang sebab lifnya ada satu je..hehe
eh sebelum naik monas singgah makan dulu..hehe..ni tepi-tepi monas je.banyak buka gerai-gerai makan dan barang-barang souvenir.
ni la kat atas tu. hehe.. berlima. malas sejuk la sikit.sedap angin sepoi-sepoi bahasa.kihkih
malam tu pulang dengan Grab. rehat. esoknya sambung jalan lagi.hehe
sambil rehat malam tu sempat order bakso dengan set nugget+kentang tu dari cafe hotel.
Hari kedua hari berpenat-penat.
konon hari ibu la,hari shoppingg yeayy..hahaha..sekali jadi hari yang paling letih..haha
hari kedua kami decide nak shopping di tanah abang.
tanah abang sangatlah besar ye.ada banyak block juga..hehe.
sebenarnya pernah je pergi dulu berdua dengan umi.tapi tak seletih ke tanah abang dengan anak 3.haha. sungguh lah tak sesuai bawa anak ke sini. laluan sempit. walau bawa stroller duk berebut Zakwan dengan Imran.. Hana paling baik.duduk je dalam carrier tu..nangis nak susu je.lepas susu masuk carrier balik..hehe..;'p
dapat la beli telekung sikit,baju budak-budak sikit.amazing sangat,baju Hana tak beli pun..;'p
nak balik tu drama sikit.berjam tunggu Grab yang tak kunjung tiba..sebab macetttt yakmat.hehe
sambil-sambil tunggu tu.Zakwan lari dia takut.. ;'p
muka berlengas tunggu grab.kahkah last-last balik naik bajaj je.settle.
malam tu turun makan kat cafe hotel.malas nak keluar dah.
![]()
![]()
malam tu turun makan kat cafe hotel.malas nak keluar dah.


Hari ke 3 hari anak-anak!yeay!
Kami pergi ke Ancol . ancol ni besar. kami naik grab ke ancol. dalam tu ada disediakan bas. spesifik yang kami masuk ialah sea world ancol.suka lah budak-budak ni tengok hidupan laut.puas hati jugak lah.ikan besar-besar.penyu pun ada..
puas hati la masuk dalam sea world ni..
dengan anak dara.
ini bas yang disediakan dalam kawasan ancol tu. percuma untuk pengunjung. masuk dalam tempat spesifik tu bayar ikut tempat tu.
pusing-pusing konon nak tengok pantai.
last-last kepenatan balik la naik teksi.nak tunggu bas untuk keluar dari ancol kemain lama..last-last naik je teksi sampai hotel.
segar la dia.abi yang penat dukung dia..;'p
melayan along nak belajar tangkapkan gambar..
sebab penat sangat, malam tu order dari cafe hotel lagi minta hantar ke bilik.. 😋
udah tiba hari kepulangan.
kami naik grab je dari hotel ke airport. yang lucunya,kali pertama guna grab kat negara orang.waktu kat Malaysia tak pernah guna.ilmu baru sungguh.hehe.best juga sepanjang kat sana macam-macam jenis kereta kami naik.hehe
apa je Imran tu. aunty seat depan bagi.dah sampai nasi lemak udah taknak dah..hehe
mereka yang banyak tenaga.ibu dah pengsan.. 😛😛
ni balik tu atok nenek ambil kami,singgah solat kat masjid..hehe..
begitulah tamat percutian kami sekeluarga.moga dalam redha Allah selalu.